Salam Ramadhan.

Monday, August 1, 2011 at 4:38 PM

Tahun ni merupakan Ramadhan yang paling mencabar.
sempat berbuka bersama family hanya seminggu.
baki 3 bulan lagi terpaksa berpuasa di negara orang.
yang best lagi beraya pun di perantauan nampak gaya tahun ni. -.-"
Kuatkanlah hati hambamu ini ya Allah.

Kem Bina Negara Meru (Part 2)

at 4:38 PM

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia

Orait, tengok tajuk pun dah tau. Rasenya tak perlu dah kot nak explain intro panjang2. Yang Part 1 bley tengok SINI. Okay, Lets continue.
06/07/2011 (RABU)
Semalam masing2 telah dibahagikan group. So, hari memang bergerak pun dalam group lah. Sume benda diwajibkan bergroup. Nak makan kat dewan makan, perbarisan kawad kaki pagi2 n aktiviti time riadah petang, sumenya dalam group masing2. Dan bermula hari ni juga lah, kteorg tak berada dalam Dewan Wawasan(nama dewan utama) lagi. No ceramah, no talk2, no boring2 n no tidow2 dah. Haha. Setiap group akan berada di bilik2 LDK bersama dengan fasi masing2. So, mengikut jadual, hari ade 4 LDK sumenya. Dari pukul 8.30 pagi sampai lah 11.15 malam.Tapi gap@senggang masa utk rehat makan solat sume tu cam biasa la. Malas aku nak state or ulang benda same byk2 kali. Amik yang penting2 je. Hehe.


Untuk LDK hari aku conclude skali gus r senang. Nak cter satu2 panjang la plk.Pemalas punye orang. LDK dibuat dalam satu bilik bagi tiap2 group. So xbercampur la. Takde la besar sangat bilik tu, ade kerusi yang ade skali melekat meja kecik tu, org pnggil ape ha?. Klu aku pnggil kerusi bermeja bley diterima tak?. Hahaha. sedap2 kau je bagi nama ea safuan arif. Ni la akibat henfon n camera kne ambik. Lau tak xde laa penat2 aku kena explain satu2. Kasi letak je gambar kat sini n whiteboard pn ade. Senang cter kat sini gak, bilik tu macam kelas or bilik tutorial camtu r lbih kurang. bezanya luas dan sempit je.

Okay, untuk aktiviti semasa LDK ni sangat lah menarik. Sumenya lebih kearah perbincangan antara ahli group dengan fasi. Ade game, ade kena jawab soalan n banyak lagi la pengisiannya. Selain tu, aktiviti2 yang dijalankan juga dapat menguji kemahiran KBKK jgk. Contohnya, satu situasi diberi n kita perlu give our opinions, ideas, explanations n so on based on situasi yang diberi tu. So, secara xlangsung from there banyak laa idea2 or cadangan2 yang dikeluarkan oleh tiap2 ahli group yang kadang2 kita xpernah terfikir pun benda tu. Memang awesome. One more thing is aktiviti2 dalam LDK ni memang related sume dengan pembentangan kertas kerja untuk 2 hari pertama tu. Cuma bezanya yang tu 'ceramah' yang ni lebih kepada aplikasi dalam kaedah yang lebih menarik untuk lebih senang difahami. 

07/07/2011 (KHAMIS)
Events yang menarik untuk hari ke-4 ni adalah yang part riadah petang tu. Ade kembara woo. Jalan2 masuk hutan. First2 tu excited la jugak. Yela nak compare mane best kembara ni dengan kembara yang BTN mase aku pegi time sekolah dulu kat Kem BTN Besut, Terengganu. Mase kat besut tu memang best gler n mencabar kot dye punye track kembara. Perghh. Superb2!. So, lepas dengar briefing sume2, dengan harapan yang xbrape nak menggunung, kteorg start la berjalan meredah menuju ke dalam hutan. Setiap group dilepaskan laen2 mase contohnya 10 minit skali untuk mengelakkan daripada bertembung kat dalam hutan tu. Sepanjang perjalanan tu memang fuhhh banyak gler kot nyamuk, nak jalan pun serabut ase. Haha. Tapi biasa la nama lagi hutan kan. Then, selepas mengharungi jalan yg berliku-liku dengan dahan berduri n macam2 lagi lah. Last2 sampai semula pintu pagar kem n berkumpul balik. Rehat2 jap sambil menunggu group2 len yang masih blom sampai.Overall, okay la walaupun xberapa mencabar sangat. Engatkan jauh rupanya dekat je.=P. Bukan ape aku xtahannya ade ke ptot pak2 jurulatih tu force kteorng masing2 kena bwk air mineral yg dibekalkan kat dewan makan waktu minum petang. Aku pulak memang sengaja pegi tinggal botol air tu kat bilik sebab memang malas bawak pun plus air pun nak sampai dasar botol dah. Haha!. xpasal2 kena lari balik pegi amik botol air tu kat bilik. Tapi bukan aku sorg jela. Ramai la jgk. Lau dekat tempat berkumpul tu ngan bilik xpela la jgk. ni tak tempat berkumpul kat pintu pagar bawah ni, bilik plk kat hujung pagar kem atas bukit sane. -.-'. Wajib bawak air, katenya nak jalan jauh, tapi indah khabar dari rupa, xsempat nak letih pun jalan n  aku tengok kebanyakkan yang bawak tu xsempat2 minum pun air tu. Bawak saje je termasuk lahh aku. Damn.sebab tu awal2 lagi aku xnak bawak.-.-"


Kat surau sewaktu kuliah maghrib tu ade sesi cara-cara pengurusan jenazah. Ciap ade demo n ade yang kena jadi mayat lagi. Pengisian yang sangat menarik di samping dapat belajar benda2 baru camni.baru bagi aku laa. Untuk aktiviti malam yang juga merupakan ldk terakhir ialah persembahan lagu patriotik daripada setiap kumpulan. Memang happening gler malam tu. Memang setiap group ade kelebihan tersendiri ah. Tersangat lah kreatif persembahan masing2. Nak menang punye pasal. Haha. Tapi tup tap tup tap takde sape2 yang menang pun. N lepas persembahan sume tu ade drama sket yang berlaku akibat pemarkahan yang tidak adil oleh pengacara majlis and kami semua agak tertipu dengan sume lakonan tu.-.-". Aku xnak story satu2, panjang gler kot. So, nak dipendekkan cerita, malam tu selepas selesai sume, masing2 berada di dalam kumpulan semula then kami diberikan satu tugasan n hell yes tugasan yang agak tricky. Memang cukup tricky. Tugasan tu sebenarnya just a simulation like macam mane susahnya nenek moyang kite untuk dapatkan kemerdekaan tanah melayu sewaktu ketika dulu. N sesape yang penah pegi btn ofcourse dyeorg akan tau tugasan tu cmne. Hehe. So lau nak tau lebih lanjut.pegi laa btn. Haha. 

08/07/2011 (JUMAAT) 
Hari ni merupakan hari last. Pagi2 lagi dah ciap2 packing barang sume. Xsabar nak balik laa katekan. =D. Pagi ni memang dah xde kawad sume. Sebab hari ni kteorg ade exam pagi2 lagi. So lepas breakfast tu just relax2 je sebelum masuk dewan. Then, dah sampai waktunya tu, masuk dewan, duduk, dengar arahan jap, bace soalan, jawab3, siap, bangun, hantar, keluar, horaayyy!. Abis azab. Haha. Soalan takde la susah sangat. Takde la macam soalan final or soalan spm ke. Tade2. 

Lepas exam tu rehat2 kejap lam bilik pastu kena pegi dewan balik untuk majlis penutupan program. Lepas selesai tu last sekali upacara penyampaian sijil. So, dah abis tu ape lagi. Balik laaa. Yeaahh!. Tapi sebelum balik sempat lagi amik gambar sekeping dua memandangkan fone dah dapat balik. Hehe. Credits to Syira n Nabilah for the pics. 


My group  =)

Kalut2. Tak ready lagi

Hacuummm!. =D

tu tgk camera tu laa. xD

aku, kamirul, bro shekal, nabilah, insyira, kak hasmah, najihah n rushda

Actually ade 3 orang lagi takde lam gambar ni. ( Aimran a.k.a ustad, Wani A n Wani B ). Nape A B?. Sebab nama dyeorg same, taknak bagi tertukar. =D
Kamirul > scholar Petronas, fly ke USA, course Petroleum Engineering
Wani A > scholar JPA, fly ke UK, course pharmacy
Wani B > scholar Mara lau xclap, fly ke UK, course aeronautik engineering.
Yang len tu sume daripada UiTM sama cam aku yang ke Unhas, Indonesia.=)

BTN THE BEST!!


Saturday, July 23, 2011 at 12:54 AM
It was not just a nightmare. 
It's more than that.


speechless.
dunno what to do.
hoping everything gonna be okay.
sorry for everything

Smile. =)

Thursday, July 21, 2011 at 11:02 AM


Pesanan daripada penaja. Hehe

Credit to tumblr

-REASONS TO SMILE-


1- It makes you attractive.

2- It changes your mood.

3- It's contagious. (mudah berjangkit)

4- It takes stress away. (ubat stress)

5- It lowers you blood pressure (mengurangkan kadar penyakit jantung)

6- It  lifts the face and makes you younger. (awet muda. Hehe)

7- It helps you stay positive!

 
So,
mulakan hari anda dengan senyuman
Senyum sokmo!
Peace!
=))

Sungguh Tak Ku Sangka..=)

Sunday, July 17, 2011 at 1:42 AM

Assalamualaikum

Semalam dah check UPU punya result.
Syukur Alhamdulillah
memang tak tersangka
1st choice dapat
tak percaya pun ade.
Hehe.

Ni haa course yang aku dapat.

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MINYAK DAN GAS DENGAN KEPUJIAN
UiTM SHAH ALAM

semangat punya pasal
nahh bersama-sama ini disertakan salinan surat tawaran..Haha

Klik untuk tumbesaran
 
 Walaubagaimanapun
InsyaAllah I'll go for medic UNHAS (Universiti Hasanuddin, Indonesia) instead of this
because medic was in toplist of me actually
tetapi sekarang masih lagi menunggu offer letter daripada Unhas
Jika rezeki berpihak kepada Unhas
I'll become a doctor
dan offer UiTM ni dapat diberikan kepada insan yang lebih layak.
tetapi jika rezeki lebih berpihak kepada UiTM.
I'll become an engineer.

Sekarang
Hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik 
Kedua2nya merupakan course yang diminati 
walaupun bley dikatakan memang jauh berbeza antara medic n engineering tu
tapi nak buat camne minat dua-dua tu gak. Hehe
  
Chioww.



Ya Allah, kuatkanlah hati kami untuk terus bersabar menghadapi semua ini  
makin berat hati nak meninggalkan Malaysia. :(  
 

Kem Bina Negara Meru (Part 1)

Friday, July 15, 2011 at 12:17 AM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Okay, lama gler dah rase tak menulis kat sini. Sorry for that. -.-"

Actually minggu lepas aku baru je pulang dari Kem Bina Negara Meru, Klang dari mengikuti satu kursus kenegaraan ataupun nama femesnya yang selalu orang sebut iaitu BTN. So, untuk entry kali ni aku nak share sket la my experiences selama 5 hari 4 malam kat sana. Kursus tu bermula daripada 04/07/2011-08/07/2011.  Tapi sebelum proceed, aku nak pesan awal2 yang entry kali ni mungkin agak panjang dan memboringkan. So aku tak paksa sesape pun untuk baca sebab aku tulis just sebagai ingatan untuk aku di masa hadapan. Kot2 nanti anak cucu tanya ke pasal BTN bley la aku suruh je dyeorg baca kat sini. Hahaha!.


04/07/2011 (ISNIN)
Seperti yang dijadualkan 12.00 tgh hari dah kena berkumpul kat bus stop Seroja UiTM Shah Alam. Kenapa kat situ?. Ade la tu sebabnya. Haha. Tunggu punya tunggu, last2 sampai la jugak bas tu. Nak dipendekkan cerita, lepas check kehadiran & settle borang pendaftaran sume, then bas pun bergerak la ke Kem BTN Meru. Perjalanan tak mengambil masa yang lama sebab Meru ngan Shah Alam takdela jauh sangat.

Mula-mula sampai kat pintu pagar kem tu agak teruja gak laa. Macam biasa 1st time sampai la katekan. =P. Kem tu terletak agak jauh di pedalaman & paling penting atas bukit. Memang gler tinggi nak nek sampai kat atas. 'Merangkak-rangkak' bas dibuatnya. Last2 sampai la jugak. Then, kuarkan beg sume dari perut bas, kumpul satu tempat, dan kami di arahkan untuk ke dewan makan untuk lunch. Tapi sebelum sume orang bergerak ke dewan makan, ade sesi bergambar para peserta bersama dengan En. Shah (Pegawai UiTM yang datang bersama kteorang).

Sampai kat dewan makan, sume orang amik tempat. Satu meja 10 orang. Lepas dengar taklimat daripada sorang insan yang menggelarkan dirinya sebagai 'ummi' n baca doa makan sume2 tu, so makan la kteorang hidangan yang disediakan dalam TRAY. ye kawan2, tray. Alaa, macam kat asrama tu. Makan lam tray besi. Terkenang kejap zaman2 waktu kat asrama dulu. =) . Lepas ciap makan dah sume, segala peralatan termasuk sudu, tray, gelas, & so on yang telah digunakan kena basuh sendiri then letak balik di atas meja tadi.

Sesi seterusnya ialah sesi pendaftaran. Semua peserta kursus berkumpul di dalam dewan. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Pak Mus (Ketua Jurulatih) berkaitan dengan pembahagian tempat tinggal ataupun dorm. Cadar, sarung bantal dan selimut juga diagihkan setiap seorang sebelum kami dilepaskan untuk bersiap sedia, salin pakaian kepada pakaian rasmi kursus iaitu, baju kemeja PUTIH lengan pendek, berseluar slack HITAM berkasut kulit HITAM (bagi lelaki) dan baju kurung putih, kain tudung dan kain hitam berkasut HITAM (bagi perempuan). Tepat jam 4.00 petang, semua peserta dikehendaki berkumpul semula di dewan untuk sesi taklimat oleh Pengetua Kem, Ketua Fasilitator(KF) dan juga Ketua Jurulatih(KJ). Mase ni la kami diberikan nametag dan file. Setelah selesai taklimat, pergi makan malam pulak. Siap2 makan sume, balik bilik siap2kan diri untuk solat maghrib kat surau.

- File 1 Malaysia -

- Nametag - 

haa yg ni jadual, klik untuk tumbesaran.

Pada sebelah malam nya bermula lah Pembentangan Kertas Kerja 1 atau dengan kata laen ceramah la. Ceramah ni telah di sampaikan oleh penceramah jemputan dan tajuk ceramah pada malam tu ialah 'Tanah Air'. Ceramah yang disampaikan amat lah menarik, sampaikan mata pun tak berapa nak tertutup. Haha. Banyak jugak la input2 penting yang diperolehi sepanjang ceramah yang disampaikan selama lebih kurang 2 jam tu. And of course as the title stated, it's all about our lovely country, Malaysia. Memang membara2 r semangat patriotisme dalam diri. =D. Then, setelah selesai ceramah tu, berjalan lah pulak ke dewan makan untuk supper. Makan lagi~

05/07/2011 (SELASA)
Pagi2 lagi dah dikejutkan untuk solat subuh secara berjemaah kat surau. Lepas solat tu ade penyucian jiwa sket. Haha. Kuliah subuh laa. Lepas kuliah subuh tu, masing2 bergegas balik ke dorm tukar pakaian sukan pulak. Bila dah kena tukar pakaian sukan so paham2 la kan. Macam biasa r lau kem2 ni. Lau tak kena berkawad, senaman pagi. Antara tu je. So seperti yang dijangka ade kawad kaki. Berbaris la ramai2 then nyanyi lagu negaraku sambil naikkan bendera. Lepas selesai upacara menaikkan bendera tu. Berkawad la kteorg  dua tiga round.(Basic kawad jela). Then, lepas penat2 kawad, penat ke? makan la of course. Breakfast2. Hehe. Tempat duduk, peraturan2 still same. Pandai guna, pandai basuh, pandai letak balik ditempatnya.

Next, Pembentangan Kertas Kerja 2 - Ceramah bertajuk 'Rakyat'. So skop tajuk 'rakyat' tu teramat la besar. Banyak sangat benda yang diceritakan sampai aku pun tak berapa nak engat dah. Haha. Selain itu, penceramah tu ade la mengupas sedikit tentang isu-isu semasa dan ceramah kali ni jugak, seriusly aku cakap, memang menarik and tak boring langsung. So bila menarik maknanya mata tak layu la kan. Hehe!. Haaa, and one more thing, sepanjang ceramah ni memang banyak gler dye tunjuk sal statistik je. Tapi overally sumenya related to us as Malaysian citizens. We should proud to be Malaysian!. cehh. tetibe je semangat lebih. =P

Pembentangan Kertas Kerja 3 - Ceramah kali pulak bertajuk 'kerajaan'. Bila disebut tentang perkataan kerajaan ini, pasti ramai diantara kita yang mengaitkannya dengan kepartian. Namun begitu, kita seharusnya faham definisi kerajaan itu sendiri. Klik SINI. Walaubagaimanapun, aku taknak ulas banyak2 bab ni. Nanti panjang pulak. Tapi overally it's related to sistem pemerintahan kat negara kita iaitu Demokrasi Berparlimen & Raja Berperlembagaan yang bermula daripada YDPA sampai la turun pecah situ pecah sini cabang ke situ sini. Pfftt~ memang mencabar minda r. Tapi still aku puji r penceramah tu, sebab aku tak ngantuk pun dengar ceramah dye. Wahaha. Yang bley aku cakap memang sumenya related tu sejarah r. So sesape yang kena pegi BTN tu bley r slow2 belek tengok buku teks sejarah dulu sebelum pegi kerana sangat2 lah membantu. Haha.


Pembentangan Kertas Kerja 4 - Ni last ceramah punya, memang tak sabar sangat dh nak habis cepat2. Haha. Tepu gler dah weyh. Banyak sangat input yang masuk sampai taktau nak save kat mane dh. =D. Yang last ni memang paling best kot walaupun starting yang agak tak menarik. Memang psycho abis r penceramah tu. Suara dah la gler garau plus serak campur pulak kuat gler. Memang berdegup kencang r jantung dengar. Sesape yang ade lemah jantung mungkin bley rebah kat situ jgk dgr. Haha. Tapi walaupun begitu, still he is the best. Memang konfem2 segar je sume. Sape yang bley terlelap jugak tu aku xtau la nak cakap camne. Memang abnormal r. =D. Tajuk yang diberi ialah 'kedaulatan'. Tapi kebanyakannya berkisar tentang isu-isu semasa yang related to kedaulatan negara and peranan kita sebagai rakyat untuk mempertahankannya. Lebih kurang camtu r serba sedikit.

Aku rase cukup la dulu kot setakat ni. Nanti aku sambung part 2 r pulak. Penat jgk taip panjang2 ni. Haha. Jadi sebelum menutup tirai Part 1 ni, aku nak conclude sket la sepanjang 2 hari pertama ni. Secara keseluruhannya, semua pengisian amatlah menarik dan happening. Makan pun best. Kawan-kawan baru pun dapat kenal. So totally memang memuaskan hati sume pihak. Oh yaa, lupa nak bagitau, kesemua peserta BTN kali ni adalah seramai 108 orang (39 lelaki, 69 perempuan) yang terdiri daripada berlainan penaja seperti Petronas, JPA, Mara dan UiTM.

To be continued....

Memories Never Fade

Friday, June 17, 2011 at 2:48 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera. 

“For some life lasts a short while, but the memories it holds last forever.”

Memories hold last forever?. 
Ofcoz YES. Sape setuju sila angguk macam ni ye..=)

Tak kira la sama ada memory itu
manis, pahit, masam atau masin sekalipun (masam n masin pn ade jugak ke?)
Ia tetap akan diingati sampai bila-bila.
tambah2 kenangan yang sweet2 lagi laa nak ingat. Haha.


So, bercakap pasal memory ataupun kenangan ni.
Bagi aku kenangan yang paling tak dapat dilupakan adalah ketika zaman persekolahan
(specifically secondary school)
Kenape?
Sebabnya.......... (nanti aku story len entry..^^,)
Tapi seriously, compare to other2 zaman
mase zaman persekolahan laa yang paling banyak kenangan
tak kira la kenangan manis mahupun pahit.
Tersangat la banyakkk
kalau nak kira memang tak terkira laa la jawabnya


Tadi g la godek2 album lama,
Then, jumpa laa gambar2 yang menggamit memori ni. Haha.
Rasenya tak perlu nak cakap panjang2
Just let the pictures do their work.
=)

- Ni mase time exam SPM -


- Kejohanan Olahraga Tahunan -

- Mini Konvokesyen (Paling aku suka =P) -

- Sambutan Hari Raya -
 
- Jamuan BBQ Rumah TMM -

- Preparation untuk Malam Nostalgia -

- Malam Nostalgia -

- Malam Tautan Kasih (Event terakhir - lepas final paper SPM) -

- Random images -
Pictures mean everything right?

Really miss all the moments.
 TMM's members,
Al-Birunians,
and the most important
Cravius Leonidus's members
u're always in myheart. ekeke~


| Along My Way | | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com