Kem Bina Negara Meru (Part 1)

Friday, July 15, 2011 at 12:17 AM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Okay, lama gler dah rase tak menulis kat sini. Sorry for that. -.-"

Actually minggu lepas aku baru je pulang dari Kem Bina Negara Meru, Klang dari mengikuti satu kursus kenegaraan ataupun nama femesnya yang selalu orang sebut iaitu BTN. So, untuk entry kali ni aku nak share sket la my experiences selama 5 hari 4 malam kat sana. Kursus tu bermula daripada 04/07/2011-08/07/2011.  Tapi sebelum proceed, aku nak pesan awal2 yang entry kali ni mungkin agak panjang dan memboringkan. So aku tak paksa sesape pun untuk baca sebab aku tulis just sebagai ingatan untuk aku di masa hadapan. Kot2 nanti anak cucu tanya ke pasal BTN bley la aku suruh je dyeorg baca kat sini. Hahaha!.


04/07/2011 (ISNIN)
Seperti yang dijadualkan 12.00 tgh hari dah kena berkumpul kat bus stop Seroja UiTM Shah Alam. Kenapa kat situ?. Ade la tu sebabnya. Haha. Tunggu punya tunggu, last2 sampai la jugak bas tu. Nak dipendekkan cerita, lepas check kehadiran & settle borang pendaftaran sume, then bas pun bergerak la ke Kem BTN Meru. Perjalanan tak mengambil masa yang lama sebab Meru ngan Shah Alam takdela jauh sangat.

Mula-mula sampai kat pintu pagar kem tu agak teruja gak laa. Macam biasa 1st time sampai la katekan. =P. Kem tu terletak agak jauh di pedalaman & paling penting atas bukit. Memang gler tinggi nak nek sampai kat atas. 'Merangkak-rangkak' bas dibuatnya. Last2 sampai la jugak. Then, kuarkan beg sume dari perut bas, kumpul satu tempat, dan kami di arahkan untuk ke dewan makan untuk lunch. Tapi sebelum sume orang bergerak ke dewan makan, ade sesi bergambar para peserta bersama dengan En. Shah (Pegawai UiTM yang datang bersama kteorang).

Sampai kat dewan makan, sume orang amik tempat. Satu meja 10 orang. Lepas dengar taklimat daripada sorang insan yang menggelarkan dirinya sebagai 'ummi' n baca doa makan sume2 tu, so makan la kteorang hidangan yang disediakan dalam TRAY. ye kawan2, tray. Alaa, macam kat asrama tu. Makan lam tray besi. Terkenang kejap zaman2 waktu kat asrama dulu. =) . Lepas ciap makan dah sume, segala peralatan termasuk sudu, tray, gelas, & so on yang telah digunakan kena basuh sendiri then letak balik di atas meja tadi.

Sesi seterusnya ialah sesi pendaftaran. Semua peserta kursus berkumpul di dalam dewan. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Pak Mus (Ketua Jurulatih) berkaitan dengan pembahagian tempat tinggal ataupun dorm. Cadar, sarung bantal dan selimut juga diagihkan setiap seorang sebelum kami dilepaskan untuk bersiap sedia, salin pakaian kepada pakaian rasmi kursus iaitu, baju kemeja PUTIH lengan pendek, berseluar slack HITAM berkasut kulit HITAM (bagi lelaki) dan baju kurung putih, kain tudung dan kain hitam berkasut HITAM (bagi perempuan). Tepat jam 4.00 petang, semua peserta dikehendaki berkumpul semula di dewan untuk sesi taklimat oleh Pengetua Kem, Ketua Fasilitator(KF) dan juga Ketua Jurulatih(KJ). Mase ni la kami diberikan nametag dan file. Setelah selesai taklimat, pergi makan malam pulak. Siap2 makan sume, balik bilik siap2kan diri untuk solat maghrib kat surau.

- File 1 Malaysia -

- Nametag - 

haa yg ni jadual, klik untuk tumbesaran.

Pada sebelah malam nya bermula lah Pembentangan Kertas Kerja 1 atau dengan kata laen ceramah la. Ceramah ni telah di sampaikan oleh penceramah jemputan dan tajuk ceramah pada malam tu ialah 'Tanah Air'. Ceramah yang disampaikan amat lah menarik, sampaikan mata pun tak berapa nak tertutup. Haha. Banyak jugak la input2 penting yang diperolehi sepanjang ceramah yang disampaikan selama lebih kurang 2 jam tu. And of course as the title stated, it's all about our lovely country, Malaysia. Memang membara2 r semangat patriotisme dalam diri. =D. Then, setelah selesai ceramah tu, berjalan lah pulak ke dewan makan untuk supper. Makan lagi~

05/07/2011 (SELASA)
Pagi2 lagi dah dikejutkan untuk solat subuh secara berjemaah kat surau. Lepas solat tu ade penyucian jiwa sket. Haha. Kuliah subuh laa. Lepas kuliah subuh tu, masing2 bergegas balik ke dorm tukar pakaian sukan pulak. Bila dah kena tukar pakaian sukan so paham2 la kan. Macam biasa r lau kem2 ni. Lau tak kena berkawad, senaman pagi. Antara tu je. So seperti yang dijangka ade kawad kaki. Berbaris la ramai2 then nyanyi lagu negaraku sambil naikkan bendera. Lepas selesai upacara menaikkan bendera tu. Berkawad la kteorg  dua tiga round.(Basic kawad jela). Then, lepas penat2 kawad, penat ke? makan la of course. Breakfast2. Hehe. Tempat duduk, peraturan2 still same. Pandai guna, pandai basuh, pandai letak balik ditempatnya.

Next, Pembentangan Kertas Kerja 2 - Ceramah bertajuk 'Rakyat'. So skop tajuk 'rakyat' tu teramat la besar. Banyak sangat benda yang diceritakan sampai aku pun tak berapa nak engat dah. Haha. Selain itu, penceramah tu ade la mengupas sedikit tentang isu-isu semasa dan ceramah kali ni jugak, seriusly aku cakap, memang menarik and tak boring langsung. So bila menarik maknanya mata tak layu la kan. Hehe!. Haaa, and one more thing, sepanjang ceramah ni memang banyak gler dye tunjuk sal statistik je. Tapi overally sumenya related to us as Malaysian citizens. We should proud to be Malaysian!. cehh. tetibe je semangat lebih. =P

Pembentangan Kertas Kerja 3 - Ceramah kali pulak bertajuk 'kerajaan'. Bila disebut tentang perkataan kerajaan ini, pasti ramai diantara kita yang mengaitkannya dengan kepartian. Namun begitu, kita seharusnya faham definisi kerajaan itu sendiri. Klik SINI. Walaubagaimanapun, aku taknak ulas banyak2 bab ni. Nanti panjang pulak. Tapi overally it's related to sistem pemerintahan kat negara kita iaitu Demokrasi Berparlimen & Raja Berperlembagaan yang bermula daripada YDPA sampai la turun pecah situ pecah sini cabang ke situ sini. Pfftt~ memang mencabar minda r. Tapi still aku puji r penceramah tu, sebab aku tak ngantuk pun dengar ceramah dye. Wahaha. Yang bley aku cakap memang sumenya related tu sejarah r. So sesape yang kena pegi BTN tu bley r slow2 belek tengok buku teks sejarah dulu sebelum pegi kerana sangat2 lah membantu. Haha.


Pembentangan Kertas Kerja 4 - Ni last ceramah punya, memang tak sabar sangat dh nak habis cepat2. Haha. Tepu gler dah weyh. Banyak sangat input yang masuk sampai taktau nak save kat mane dh. =D. Yang last ni memang paling best kot walaupun starting yang agak tak menarik. Memang psycho abis r penceramah tu. Suara dah la gler garau plus serak campur pulak kuat gler. Memang berdegup kencang r jantung dengar. Sesape yang ade lemah jantung mungkin bley rebah kat situ jgk dgr. Haha. Tapi walaupun begitu, still he is the best. Memang konfem2 segar je sume. Sape yang bley terlelap jugak tu aku xtau la nak cakap camne. Memang abnormal r. =D. Tajuk yang diberi ialah 'kedaulatan'. Tapi kebanyakannya berkisar tentang isu-isu semasa yang related to kedaulatan negara and peranan kita sebagai rakyat untuk mempertahankannya. Lebih kurang camtu r serba sedikit.

Aku rase cukup la dulu kot setakat ni. Nanti aku sambung part 2 r pulak. Penat jgk taip panjang2 ni. Haha. Jadi sebelum menutup tirai Part 1 ni, aku nak conclude sket la sepanjang 2 hari pertama ni. Secara keseluruhannya, semua pengisian amatlah menarik dan happening. Makan pun best. Kawan-kawan baru pun dapat kenal. So totally memang memuaskan hati sume pihak. Oh yaa, lupa nak bagitau, kesemua peserta BTN kali ni adalah seramai 108 orang (39 lelaki, 69 perempuan) yang terdiri daripada berlainan penaja seperti Petronas, JPA, Mara dan UiTM.

To be continued....

0 comments

| Along My Way | | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com