Jom Test Quality Keyboard..

Tuesday, June 14, 2011 at 1:45 AM
Ollaa!
Fuhh! Lama gler kot tak menaip kat sini. Dah berhabuk berdebu bersawang dan sume jenis 'ber' dh blog nih. Sori la ye. Tak berapa nak sempat tuk update semenjak dua menjak ni. Sedikit busy for the last 2 weeks. Banyak benda nak kena settlekan. Pegi sana pegi sini. Haih. So di masa terluang yang ade nih aku nak share sumtim sket.

Okay, merujuk kepada title di atas, aku rase tak perlu la nak ulas panjang2 kan. paham2 sdirik la ye. bukan budak baru nak belajar membaca nih nak kena ajar satu2. Haha. Benda ni sangat berbaloi untuk dicuba untuk mengetahui sejauh mane kekualitian keyboard anda. Boleh di'try' dimana-mana keyboard tak kira sama ada keyboard laptop or pc, sume boleh. n aku guarantee tidak merbahaya untuk dicuba, so jangan risau laptop korang meletop ke ape ke. tidak sama sekali. Haha. Hanya perlu ikut 4 step yang sangat mudah.


 ----------Sila ikut Step2 ni yea--------

Step 1 :  Bukak NOTEPAD 


Step 2 : Tekan dan HOLD kedua-dua kekunci SHIFT di keyboard.


Step 3 : Sambil jari tetap menahan kedua-dua kekunci SHIFT tersebut, tulis ayat ni :

"A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG"
* Mesti korang tertanya2 kan kenapa guna ayat tu. Sebabnya ayat tersebut merangkumi kesemua huruf2 daripada A-Z yang ada di keyboard. Jadi lau ade sesapa yang ase cam ayat aku guna ni xbest ke ape ke n nak tukar ayat len, pastikan ayat yang diguna mempunyai kesemua huruf dari A-Z.
Step 4 : Lihat tulisan yang terhasil di skrin.
Ni hasil daripada aku punya keyboard..=D
DONE!.
So apa macam? Keluar semua tak huruf yang korang taip 2?. Kalau keluar sume memang berkualiti gler r keyboard korang. Hahaha.
Kat atas tu adalah hasil daripada yang aku buat kat laptop aku :

"A QUICK BROWN FOX JUP OVER TE LAZY O"

Ke mana hilang aku punya M, S, H, D, G ??. Hahaha!
Selamat mencuba..=)
Notakaki : Sesape yang dah cuba tu harap dapat share hasil yang korang dapat di ruangan komen..=P

0 comments

| Along My Way | | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com